Wednesday, September 19, 2018

MINGGU EKSPLORASI STEM SMKLB




























DOA dan AMALAN

Pernah tak dengar pencuri pecah masuk rumah tapi tak boleh keluar, dia nampak laut... , dia nampak air...

Berenang-renang dia kat ruang tamu atau kat atas simen didapur... atau dia duduk termenung atau menangis ditengah-tengah rumah... atau dalam bilik mandi...

Jom kita pakat amalkan tips di bawah ini...
Moga kita sama-sama dirahmati Allah SWT.

👳 DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yg sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

🔴 Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1x)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3x)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1x)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1x)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Bermaksud :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1x)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam

Semoga kita mendapat perlindungan Allah jua.
Aamiiin...

Sila Sebarkan...

Tips mendidik anak Prof Muhaya

1. Kalau tiba-tiba teringat pada anak, kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "Iyyakana'budu waiyyakanasta'in" ("Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepadaMU kami memohon pertolongan."), mintalah apa-apa hajat saat itu yang ada hubungannya dengan anak yang kita ingat saat itu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kepahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanfaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya saat dia tidur, ucapkan...."Ibu mau (nama anak) jadi anak yang sholeh, sayang..."
Cuba amalkan (seperti kata Ustadz, kata-kata ini bermakna kita bercakap dengan rohnya)
dan ucapan ini adalah DOA, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

3. Bangun shalat malam, shalat lah disisinya. Maksudnya kita shalat dalam kamar dia dan dekat dengan ananda. Jika Kita sering melakukannya dan kita juga selalu beritahu dia bahwa kita sering doakan dia, dia akan merasakan satu  ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita sangat sayang pada dia dan mau dia jadi anak yang sholeh. Dia akan tahu kita selalu shalat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap saat bahwa kita ini sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tidak jadi anak sholeh bermakna dia tidak sayang kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita sayang dia saat kecilnya. Aura ciuman dan belaian Ibu sambil bisikkan padanya bahwa kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap waktu walaupun perbuatannya amat melukai hati kita. Muhasabah diri, mungkin kesalahan yang anak kita lakukan itu adalah karena dosa-dosa kita di masa lalu.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang bisa melukai hatinya. Jika ini terjadi juga karena kita khilaf, cepat-cepat cari waktu yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah karena dia berbuat salah, bukan bermaksud membenci.

8. Amalkan membaca ayat 40 Surah Ibrahim supaya kita, anak kita dan keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan sholat.
(Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat,
Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku)

9. Selalu ingatkan anak bahwa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, harta, hafal Quran sekalipun... jika tidak mempunyai akhlak yang mulia. Allah tidak melihat wajah yang cantik/ tampan tapi melihat hati yang cantik.

10. Saat mencuci beras niatkan... "Ya Allah...lembutkanlah hati anak-anakku, sebut nama anak kita... untuk paham agamanya..... (kenapa kita mau dia paham agama, karena anak yang tak paham agama akan bawa orangtuanya juga ke neraka).... seperti engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ".
Cuci beras lawan arah jam (putar kekiri seperti orang thawaf ) sambil sholawat kepada Nabi Muhamad saw.
Hati jangan lalai saat melakukannya, dan ingat kepada Allah selalu, aamiin 3x YRA...

Sumber : Prof. Dr. Muhaya

Hajat pada anak...


Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.

Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.

Caranya:

Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. "INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN"

*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.

Bila sampai part "KUN FAYA KUUUN" kau niatkan dalam hati apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja.

Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.

Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aamiin.

DOA BENTENG SIHIR, DOA PENAWAR SIHIR JARAK JAUH DAN KAEDAH MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR SIHIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dalam rancangan "Tanya Ustaz" minggu ini yang bertajuk "Indah Perubatan Islam". Ustaz Sarhan Shafie memberitahu penggunaan "minyak zaitun" sebagai penawar untuk mengubatkan orang yang terkena sihir. Minyak zaitun yang telah diruqyahkan boleh disapukan kepada bahagian anggota-anggota yang sakit akibat sihir seperti sakit dibahagian tangan, kaki, kepala dsbg. Salah satu doa yang diberikan oleh Ustaz Sarhan iaitu dari Surah Yunus, ayat 81 yang captain pernah gunakan dalam kaedah membuat "Air Penawar" (DISINI).

Doanya ini captain perolehi 16 tahun dahulu dari seorang ustaz. Beliau yang selalu dikunjungi oleh Kerabat-kerabat Diraja Negeri Kedah untuk mendapatkan rawatan. Berketurunan Siam Islam berasal dari Utara Bangkok yang telah mengubat captain suatu ketika dahulu dari serangan tiga serangkai iaitu serangan sihir bomoh Siam, bomoh orang Asli dan bomoh Indonesia.

Kenapa captain di sihir begitu sekali sampai menggunakan khidmat tiga orang bomoh dalam satu masa? Sebagai membalas dendam kerana menghalang niat jahat seorang kawan dari menipu beberapa orang ahli perniagaan. Sebelum kenal beliau, beliau sudah menipu beberapa orang untuk melabur dalam syarikatnya (SKIM CEPAT KAYA). Tujuan beliau supaya captain menjadi lumpuh kerana merosak rancangan jahatnya. Tetapi hanya Allah SWT yang menentukan baik atau buruk keatas hamba-Nya. Berbalik kepada minyak zaitun:

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud)
Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Salah satu makanan sunnah yang banyak diamalkan ialah minyak zaitun. Sejak 1400 tahun lalu, Nabi Muhammad SAW telah menganjurkan penggunaan minyak zaitun, kerana khasiatnya yang amat besar, dikeluarkan dari pohon zaitun yang diberkati.

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah).
Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

1. CARA MEMBUAT MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAWAR KEPADA SIHIR:

Surah-surah yang dibaca pada minyak zaitun.
Solat Hajat
Baca Al-Fatihah.
Shalawat - 7x.
Baca Surah Yunus.

qala moosama ji/tum bihi assihru inna Allahasayubtiluhu inna Allaha la yuslihuAAamala almufsideen

Maksudnya:

"Maka setelah mereka lemparkan, Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya" Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlangsungnya pekerjaan orang-yang membuat kerusakan."

2. DOA PENAWAR SIHIR DARI JAUH PADA MANGSA SIHIR.

Ustaz Sarhan Shafie memberi dua doa untuk penawar sihir dari jauh. Doa ini dibaca kepada ahli keluarga yang berada jauh yang dikhuatiri terkena sihir. Boleh menawarkan sihir yang terkena padanya. Baca selepas solat.

DOA (1)

Waqadimna ila maAAamiloo min AAamalin fajaAAalnahu habaan manthoora

Maksudnya:

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan."

DOA (2)

Ya ayyuha annasuqad jaatkum mawAAithatun min rabbikum washifaonlima fee assudoori wahudan warahmatunlilmu/mineen

Maksudnya:

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."

3. BENTENG DAN PENDINDING DIRI DARI SIHIR,SAKA,JIN DAN SANTAU.

Sebelum ini Ustaz Sharhan Shafie ada memberi satu doa yang pendek dari Surah AS Sufaat, ayat 7 (DISINI). Pada kali ini ustaz memberi satu doa dari Surah Hud, ayat 57. Doa ini juga pernah captain masukkan dalam N3 dahulu (SINI). Sebaik-baiknya amalkan kedua-dua ayat tersebut selepas setiap kali solat supaya benteng dan pendinding diri menjadi perisai yang kuat.

Mulakan bacaan pada "INNAROBBI"

inna rabbee AAala kullishay-in hafeeth

Maksudnya:

"Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu."

Wasallam.

Sumber Ilmu: USTAZ SHARHAN SHAFIE

Thursday, September 13, 2018

Kongsi dr Ust Zahazan. Mendalam maksudnya.

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan yg benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil? Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk, jgn bersedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jika anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuan anda.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

Jika anda benar-benar menikmati kata-kata ini, mohon sebarkan kepada yang lain. Ia boleh menerangi hari seseorang.

CARILAH AKU DI NERAKA

Wahai temanku yang berjaya masuk ke syurga,
Ingatkah diriku ini yang dahulu pernah bersama?

Diri ini pernah solat di belakangmu.
Diri ini juga berbuka puasa di meja yang sama.

Mungkin pada waktu kau bersungguh ke syurga,
Aku masih berjinak dengan dunia.
Mungkin pada waktu kau ikhlas mencari Dia,
Aku masih mencari selain Dia.

Setiap helaian nasihat yang kau pucukkan,
Dengan sembunyi aku koyakkan.

Wahai temanku,pada saat kau tidak lihat aku di syurga,
Tanyakan di manakah aku.
Barangkali aku masih tergapai-gapai untuk ke sama,
Masih dalam bakaran api neraka.

Sungguh beruntung ada teman sepertimu,
Sejak dulu lagi aku sentiasa rasa engkaulah bakal penghuni syurga.

Aku merayu,
Carilah aku di neraka.
Mohon sebutkan nama aku kepada Dia untuk izinkan syafaatkan hamba-Nya yang hina dina ini..

"Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman.Kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat"

Hasan al-Basri[Ma'alimut Tanzil]