Thursday, September 13, 2018

CARILAH AKU DI NERAKA

Wahai temanku yang berjaya masuk ke syurga,
Ingatkah diriku ini yang dahulu pernah bersama?

Diri ini pernah solat di belakangmu.
Diri ini juga berbuka puasa di meja yang sama.

Mungkin pada waktu kau bersungguh ke syurga,
Aku masih berjinak dengan dunia.
Mungkin pada waktu kau ikhlas mencari Dia,
Aku masih mencari selain Dia.

Setiap helaian nasihat yang kau pucukkan,
Dengan sembunyi aku koyakkan.

Wahai temanku,pada saat kau tidak lihat aku di syurga,
Tanyakan di manakah aku.
Barangkali aku masih tergapai-gapai untuk ke sama,
Masih dalam bakaran api neraka.

Sungguh beruntung ada teman sepertimu,
Sejak dulu lagi aku sentiasa rasa engkaulah bakal penghuni syurga.

Aku merayu,
Carilah aku di neraka.
Mohon sebutkan nama aku kepada Dia untuk izinkan syafaatkan hamba-Nya yang hina dina ini..

"Perbanyakkanlah bersahabat dengan orang-orang yang beriman.Kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat"

Hasan al-Basri[Ma'alimut Tanzil]

No comments:

Post a Comment